Tuesday, May 26, 2009

MENGENAI JUS CURORA

Produk berjenama “CURORA JUICE” merupakan pertemuan terkini dalam industri (Pemakanan Kesihatan Tambahan) (Tradisional) khas untuk kaum wanita. Ianya terdiri dari campuran Herba dan Rempah-Ratus (100% Asli) yang diadun secara tradisional dengan menggunakan kaedah saintific. Produk “CURORA JUICE” ini diproses dengan Pengestratan Herba dan Rempah-Ratus Asli dimana ianya berbentuk jus (Menggunakan konsep Air Hangat/Air Rebusan-orang-orang Melayu dahulu). Produk ini diasaskan oleh Puan Nik Hazlinazian Nik Yusoff dimana beliau mendapat tunjuk ajar, panduan, rahsia campuran serta prosesnya oleh nenek saudaranya seorang bekas Mak Bidan Tradisional (Kampung) iaitu Makcik Mak Wan.

Sekarang ini Makcik Mak Wan telah berusia 98 tahun dan masih sihat. Pada awalnya Makcik Mak Wan menyediakan Air Rebusan Herba dan Rempah-Ratus (berbentuk jus) ini secara kecil-kecilan dan diberikan kepada kaum wanita yang menghadapi masalah kesihatan dalaman dan luaran (Keputihan, senggugut, kesuburan, barah payudara serta pangkal rahim, keguguran, bengkak pangkal rahim, kelesuan, kedinginan sexsual dan sebagainya).